BIODATA

Assalamualaikum dan Salam Satu HRC,


LOGO RASMI HRC
Alhamdullilah , setelah hampir 6 bulan HRC bergerak diatas nama penaja akhirnya Helang Recreation Club (HRC) atau Kelab Rekreasi Helang telah berjaya didaftarkan secara rasminya dengan Pendaftar Pertubuhan pada 07 Jun 2010 dengan menggunakan No Pendaftaran 1394-10-TRG dan beralamat di PT 8411, Tkt Atas, Taman Bunga Raya, Bt 49, Jalan Paka, 23000 Dungun , Terengganu Darul Iman.








Helang Recreation Club ( Kelab Rekreasi Helang ) diambil sempena nama Pancarulang di Puncak Bauk. Kelab HRC ini telah diasaskan oleh Saudara Afandi Mohamad iaitu Tuan Presiden HRC bagi penggal 2010 - 2012. 
PENGASAS  HELANG RECREATION CLUB - FANDI 9W2DMM




Kelab Rekreasi Helang ( HRC ) ini adalah sebuah badan NGO yang bergerak untuk merapatkan ukhwah dikalangan penduduk setempat di Negeri Terengganu amnya.

Pendaftaran untuk menjadi ahli dibuka kepada semua bangsa yang berumur 18 tahun keatas yang tinggal ataupun bekerja di Negeri Terengganu.

Yuran pendaftaran adalah seperti berikut : 
Yuran Pendaftaran : Rm 50.00
Yuran Tahunan : Rm 30.00
Yuran Seumur Hidup : Rm 250.00

Helang Recreation Club ( HRC ) adalah sebuah kelab rekreasi dan tidak mensasarkan hanya pada satu aktiviti sahaja, pelbagai elemen aktiviti yang dijalankan oleh Helang Recreation Club , sepertimana yang kita maklum minat seseorang adalah tidak sama , mengambil kira semua itu Helang Recreation Club telah memilih 6 aktiviti utama antaranya ialah : 

Aktiviti Utama yang dijalankan oleh Helang Recreation Club
1 - Radio Amatur
2 - Kenderaan Pacuan 4 Roda / ATV
3 - Kenderaan Pacuan 2 Roda
4 - Menembak dan Memanah
5 - Scuba Diving dan Sukan Air
6 - Aktiviti Sosial dan DSLR

Semuanya aktiviti Helang Recreation Club akan dimuat turun di website rasmi ataupun di Facebook, ahli ahli boleh 


melayari di website  http://www.hrc-trg.com/  


WEBSITE RASMI HRC


Ataupun di facebook Facebook HRC

FACEBOOK HRC
Projek perintis SRS ( Skim Rondaan Sukarela ) yang menggunapakai Radio Amatur telah diperkenalkan oleh Helang Recreation Club, satu perjumpaan antara Majlis Tertinggi HRC dan PDRM - IPK Terengganu telah diadakan. Satu jawatankuasa telah dibentuk oleh PDRM IPK Terengganu bagi mengkaji Program SRS anjuran HRC ini. Alhamdullilah ianya dipersetujui oleh PDRM IPK Terengganu. Satu kertas kerja berkenaan Program SRS ini telah dibuat untuk dibawa ke peringkat Negeri bagi mendapatkan dana / peruntukan bagi menjalankan Program SRS ini.


LOGO HRC


Logo Helang Recreation Club telah direka oleh Abg Badri - 9W2BRD dan sedikit modifikasi telah dibuat oleh Tuan Presiden - Abg fandi 9W2DMM. Definasi Logo adalah seperti berikut


1 - Helang : Gagah Berani dan Tabah Mengharungi Sebarang Cabaran
2 - Enam Paksi melambangkan Enam elemen / cabang aktiviti utama yang dijalankan oleh Helang       Recreation Club


BARISAN KEPIMPINAN HELANG RECREATION CLUB - HRC




HELANG RECREATION CLUB DITERAJUI  OLEH 20 ORANG 
AHLI MAJLIS TERTINGGI